Thursday, September 16, 2010

TIP PENJAGAAN KERETA

Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah... bagaimana hendak
membuatkan keseluruhan kerata anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah... (maksud saya bukan kalis banjir... tapi kalis air hujan je).
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah
kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat
sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air
sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.

Rahsia saya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat).
Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment