Thursday, September 16, 2010

TIP PENJAGAAN KERETA

Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah... bagaimana hendak
membuatkan keseluruhan kerata anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah... (maksud saya bukan kalis banjir... tapi kalis air hujan je).
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah
kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat
sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air
sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.

Rahsia saya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.
Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat).
Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba.

Tuesday, August 31, 2010

just joke...

Gajah Mati


Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.



Ulang tahun Perkahwinan ke 25


Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

Suaminya menjawab:

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."


Pertama Kali Dibedah


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedah


Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa


Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."



Rasa Nak Muntah


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Monday, August 30, 2010

mari berpantun bersama uncle faizal...

Pantun Ramadhan dan Syawal ....

Fajar ramadhan datang menjelang,
Mengajak kita meraih keampunan,
Mohon bukakan pintu kemaafan,
Untuk segala khilaf dan kesalahan,

adik letih dok mengira jam dan masa
abang duk sibuk menalipon makwe
bila azan dah bekumandang diudara
mohlah kita sama-sama berbuke....

2 3 kucing berlari
kucing lain dokk conggokkk
dalam sibuk nak sambut aidil fitri
zakat fitrah jangan buat lupa lokk

mercun padi mercun katak
dimain oleh Tok Ki
main mercun tu agak-agak
jangan nanti putus jari

Buluh betong buat meriam
Bunyinya kuat pekak telinga
Jangan asyik dok melaram
Kuih raya dah siap ke !!!

Kain songket bersulam emas
Dipakai pula oleh Tun Teja
Hai bila lagi nak mengemas!!
Raya dah nak menjelang tiba

budak-budak datang beraya
suruh masuk umah diorang tak nak
bila tanya apasal tak nak makan kuih raya
dijawabnya plak "duit raya utk kami ada tak"?

tak sabar balik kampung
dengar lagu raya terasa hiba
pagi raya duduk termenung
poket kosong duit tak ada..













 

band 10.. band baru..dapatkan album dipasaran sekarang...sementara stok masih ada...